Hijab For Good merupakan sebuah perusahaan sosial (Social Enterprise) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi wadah memperjuangkan nasib anak-anak yang kurang bernasib baik di rumah-rumah perlindungan di Malaysia. Dan fokus kami adalah anak-anak yatim/asnaf remaja.
7 daripada 10 anak-anak remaja yatim/asnaf yang menjengah usia 18 tahun tidak akan lagi bernaung di rumah-rumah perlindungan ini, mereka keluar ke dunia luar tanpa memiliki apa-apa kemahiran untuk kelangsungan hidup mereka dan kembali menghadapi kehidupan miskin, sukar mendapat pekerjaan malah tiada hala tuju.
Kami percaya setiap anak-anak ini perlu mendapat pengalaman dan pengetahuan selain pembelajaran di sekolah sahaja dimana ia amat penting untuk perkembangan dan pembangunan diri agar mempersiapkan mereka untuk menghadapi apa jua keadaan.
"Kami percaya memperkasa adalah lebih baik dari memberi.".
Kami memfokuskan 3 bahagian utama yang perlu bagi anak remaja yatim/asnaf ini, iaitu melalui latihan dalam pelbagai bidang dan kemahiran yang mudah dipasarkan yang mana akan dapat membantu mereka untuk kelangsungan hidup, juga dalam menghubungkan mereka dengan mentor dalam bidang yang ingin mereka ceburi serta pelbagai kemahiran perniagaan yang lain.
Bagaimanakah kami dapat menjana kewangan kami bagi menjalankan projek-projek sosial ini? Kami bukan sebuah NGO atau pun oraganisasi kebajikan, maka tiada dana derma yang boleh membantu kami menjalankan projek kami, Sebagai entiti perniagaan kami perlu menjana pendapatan melalui penjualan produk atau servis.
Oleh itu, kami menyediakan eko sistem atas talian bagi memberi peluang kepada 3 elemen utama dalam pasaran untuk menjadi sebahagian dari komuniti yang prihatin ini. Elemen pertama adalah Muslimah fashion Brands yang mana mereka menjual koleksi terpilih mereka dalam platform atas talian HFG dan HFG menerima komisen yang mana akan digunakan semula untuk menjalankan projek sosial ini.
Pembeli pula membeli belah atas talian diHFG dan dengan ini setiap pembelian mereka akan dpat membantu anak-anak ini menambah nilai pembelajaran mereka. dan elemen terakhir dan paling utama Sosial projek yang diadakan hasil dari sumbangan kedua elemen dia atas membolehkan anak-anak ini mencapai kehidupan yang lebih baik.
Kami bermula dengan penglibatan jenama Madeenda sebagai jenama yang prihatin untuk menyumbang dan memberi impak kepada anak-nak Yatim /asnaf dan selepas 2 bulan kini 3 jenama Muslimah lain turut serta dalam platform ini dan sebuah rumah perlindungan, Rumah Kasih Harmoni di Paya Jaras sebagai lokasi rumah pertama kami dan telah menjalankan beberapa sosial projek melibatkan 14 orang anak yatim/asnaf remaja.

No comments:
Post a Comment