Thursday, 21 January 2016

A B A H

Abah merenung aku dalam-dalam. Ada sekelumit kekesalan dalam anak matanya. Mungkin ini soalan paling bodoh pernah aku tanya kepadanya. Tapi, aku hanya perlu tahu kebenaran sebab aku tak nak berteka teki.

Selama 5 tahun berkhidmat secara sukarela di rumah ini, terlampau banyak kisah-kisah tak pernah terfikir dek benak akalku diterjemahkan oleh penghuni-penghuni disini kepadaku. Kadang-kadang mereka hanya mahu didengar tanpa sebarang kata-kata balas. Maka, itulah yang aku lakukan. Hanya menadah telingaku dengan sukarela menjadi tempat mereka meluahkan kata.

Bagi penghuni istimewa yang ku panggil mesra sebagai Abah pula, memang seorang yang sangat ceria, tak pernah menggambarkan duka dan seperti seorang leader, beliau juga merupakan penghuni yang paling banyak peranannya menjadikan Rumah Titian Ke Jannah ini ceria dan penuh warna warni. Dialah tempat aku bertanya kemusykilanku tentang kehidupan. 

Tapi, dek kerana energy luarbiasa Abah, tak pernah pulak terlintas aku nak bertanya kisahnya. Cuma petang itu, dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, awan kelabu, redup sangat, hujan tak pula muncul, aku sedang berjalan ke arah asrama yang didiami insan-insan istimewa ini, dan aku nampak dari jauh Abah berdiri di sisi dinding merenung jauh dan kosong. Aku menyapa Abah tapi memang jauh dia mengelamun tak sedar kehadiranku. Ini kali pertama aku bersua Abah dan kulihat wajah tua dan sunyi dihadapanku. 

Hatiku tersentuh. Selama ini tak pernah pula aku melihat Abah dari kaca mata begini. Kenapa jadi begini? Apa kisah Abah dan keluarganya? Siapa Abah waktu lampaunya? Masha Allah. Betapa lalainya aku, tak sensitif pada setiap nyawa disekitarku.

Abah tersedar kehadiranku, seperti dipetik suis lampu lagaknya dia terus berubah ceria dan penuh tawa seperti selalu. Aku terpaku, Senyumku senyum tipu. Aku ajak abah duduk dipangkin bawah pokok jambu. Abah menurut langkahku. 

"Bah, tak pernah Mi tanya Abah. Kisah Abah, mana keluarga Abah?" aku buka bicara.

Abah diam tapi tak semena mula beri aku cerita lucu yang terjadi hari ini. Nampak sangat mengelak soalanku. 

"Bah. Citer lah Bah kisah Abah. Mi kat sini semua jadikan tempat meluah rasa. Abah ngan Mi memang buddy. Tapi Mi baru perasan. Mi tak pernah tanya Abah kisah keluarga Abah"

Wajah Abah bertukar hiba. 

"Mi. Abah ni tak suka nak pikir kisah lama. Tak payahlah Mi tanya ye"

Atas sebab aku dan Abah ni mesra anak beranak, aku paksa lagi. "Bah! Citer arr... citer arr!" macam budak merengek nakkan susu lagaknya. Yelah, buddy lah katakan. Selamba je la aku bercakap dengan Abah yang aku kenal lawak dan ceria ni.

Renungan Abah tu buat aku terkujat sekejap. Tapi, aku percaya, setiap insan ada kisah yang boleh mengajar aku erti kehidupan sebenar. So, aku push Abah lagi melalui pandangan penuh harap yang aku lontarkan padanya.

"Mi.... Abah ni frust. Abah kerja pagi petang siang malam. Gaji Abah dulu oklah jugak. Sebulan adalah RM 5000. Dapatlah adakan rumah, kereta, pakai dan makan untuk keluarga. Tapi kami ni hidup lagak orang mewah. Pakai credit card jugak. Sudahnya duit gaji tu abis hujung bulan bayar hutang je. 

Mi.... Abah harap Abah lebih menyimpan. Untuk kecemasan ke.. waktu dah tak daya nak keje ni ke... tapi Abah takde kesedaran. Abah lalai. Yang Abah tahu, kerja kuat dan dapat duit untuk enjoy. Penuhi kehendak family dan Abah. Beli itu, beli ini. Takde langsung istilah menyimpan jauh lagi merancang. 

Sudahnya, 30 tahun berkhidmat penuh setia, company Abah keje, bungkus. Abah dapatlah pampasan sikit. Dah 50an nak cari kerja lain tak dapat. Tak larat sebenarnya. Abah dan keluarga hanya gunakan duit pampasan yang sikit tu untuk tampung sara hidup. Lagi pun nak pencen bolehlah keluarkan EPF Abah. Ingat kami cukup lah. 

Anak Abah yang sulung dapat peluang lanjut pelajaran ke universiti, tapi ada belanja yang perlu kami keluarkan. Tak dapat biasiswa hanya pinjaman. Anak kedua nak kahwin, nak lah kami  adakan kenduri besar-besaran, isteri Abah nak juga renovate rumah sikit.  Abah fikir. Ok je. duit pampasan dan EPF tu boleh je tampung semua. 

So, tercapai lah kehendak kami tu. Habis kenduri dan siap hantarkan anak kami belajar, rumah pun dah cantik... tiba-tiba, tengok duit dalam akaun tinggallah RM 3,000. Abah ok lagi. Bulan depannya, tengok akaun tinggal RM 500. Abah terduduk sekejap. Tak tercapai dek akal. Apa situasi kewangan Abah ni sekarang? Kepala Abah berpinar-pinar. Duit rumah belum habis bayar ni. Ada lah 3 tahun lagi. Macam baru sedar dari mimpi, Abah tak keje, takde sumber pendapatan. Wehhhhh... ada ke orang macam tu?

Abah tak boleh terima keadaan ni. Isteri Abah dah biasa hidup senang tak bekerja. Abah tak boleh harap dia tolong. Anak-anak baru nak hidup. Abah give up untuk pertahankan keluarga Abah.

Abah selama ni tak pernah nak fikirkan masa depan. Abah tak pikir Allah boleh duga kita macam-macam lebih hebat lagi. Cuma Abah tak pernah sedar yang Abah akan tua, Abah perlu tampung hidup Abah dan tak mengharap anak-anak untuk menanggung. Abah tak pernah belajar nak mengenal erti simpanan hari tua. Masha Allah. Dugaan Abah tak sehebat ramai lagi. Tapi Abah tahu dugaan Abah ni ramai yang sebegitu." bicara Abah sambil matanya berkaca penuh kekesalan.

Benar, memang dugaan Abah tak sehebat sakit kritikal tanpa insuran, dibuang anak dan keluarga, ditarik nikmat akal yang waras dan macam-macam lagi tapi dugaan Abah ini adalah dugaan yang biasa ramai masyarakatku hadapi. 

Pengetahuan merancang kewangan, kamus hidup jauh dari perkataan simpanan dan pelaburan. Gagal mengerti nikmat hidup selesa di hari tua nanti. Semua ini tak bererti kalau perkara pokok dalam kehidupan tak di bajai.

Bak kata ramai pakar kewangan.  " Dari sumber pendapatan anda, no.1 adalah to pay yourself first". 

Bukan dengan bershopping barang kehendak tapi pay yourself for a better future . 

Pilihan ditangan anda. 

Bak kata pepatah. Berdikit-dikit dahulu, bersenang-senang kemudian. 

The winning way is berdikit dengan jumlah yang perlu, bersenang bila anda dah tahu. 

Niat untuk share the winning way nak baja untuk masa depan yang cerah buat nyawa-nyawa di sekelilingku.

Harap jadi peringatan terutama untuk aku.
21 Jan 2016
R A T N A   A D N A N

No comments:

Post a Comment