Friday, 5 February 2016

Cerita di sebalik rumah perlindungan....


Agree!
Seronok bila kita diberi pilihan kan daripada tak boleh memilih langsung, macam mana pule ye?
Kadang-kadang orang kata banyak pilihan sangat pun susah. Rambang mata dan fikiran nak memilih.
Lumrah alam. Manusia mudah lupa dengan nikmat yang diberi. Banyak pilihan adalah nikmat dariNya. Bagaimana pula kita membuat pilihan yang terbaik? Maka timbanglah dengan fikiran yang waras dan ikutlah kata hati. Dahulukan agama, bangsa dan negara dalam membuat pilihan. Insha Allah. Akan didorongkan ke arah yang sepatutnya.
Anak-anak di rumah perlindungan, anak-anak yatim dan asnaf ini selalunya takde pilihan pun. Bila menginjak usia 18 tahun, mereka harus meninggalkan rumah yang melindungi mereka selama ini. Apa yang terjadi ye?
Pengalaman seorang pengurus rumah perlindungan anak-anak yatim dan asnaf, selepas 9 tahun menjaga mereka ini, dia pun tak dapat mengesan kemana anak-anak ini setelah mereka keluar.

Tetapi beberapa anak yang dapat dihubungi ada berkongsi kehidupan mereka di dunia luar. Antaranya, apabila anak yatim yang kembali tinggal bersama keluarga saudara mereka, tetapi tidak mendapat layanan mahupun tunjuk ajar yang sewajarnya hingga mereka hilang arah.
Ada yang tidak tahu bagaimana nak mencari pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup malah ada yang terpaksa hidup sebagai gelandangan.
Disini adalah punca utama HFG ingin mencipta dan mendedahkan peluang bagi anak-anak ini. Kelas-kelas kemahiran yang diadakan untuk dijadikan peluang bagi mereka untuk turut menjadi warga yang produktif dan dapat menyumbang kembali kepada masyarakat.
Sokong kami dengan membeli di www.hijabforgood.com kerana setiap pembelian anda sangat berharga. Ia akan membantu kami untuk menjalankan lebih banyak projek dan kelas-kelas kemahiran bagi lebih ramai anak-anak yatim dan asnaf.

No comments:

Post a Comment